Frozen food

fresh and frozen food sdn.bhd.

Saturday, March 27, 2010

Produk Daging Segar Dan Makanan Sejuk Beku







Produk Daging Segar Dan Makanan Sejuk Beku By Fresh And Frozen Sdn.bhd.
PENGENALAN

Pengenalan perniagaan

Perniagaan ini akan di beri nama Fresh And FrozenSdn. Bhd. (FNF). Syarikat ini di miliki oleh lima pemegang saham yang juga merupakan pengusaha syarikat ini. Pejabat FNF terletak di No.27, lot 7428, tingkat 1, Assyakrin Commerical Square, 9700 Bintulu, Sarawak. Kedai FNFjuga akan beroperasi dialamat yang sama tetapi di bahagian bawah pejabat. Lokasi FNF adalah strategik kerana terletak di berhampiran kawasan-kawasan perumahan, kawasan pentadbiran kerajaan, universiti, sekolah dan perindustrian yang memudahkan penduduk untuk singgah membeli ketika pergi atau pulang kerja dan ketika menjemput atau menghantar anak-anak ke sekolah.
FNF menjalankan perniagaan membekalkan pelbagai jenis daging yang halal sama ada daging ayam, daging lembu, daging kambing dan lain-lain. Keunikan FNF adalah menyediakan bekalan daging dan makanan sejuk beku yang halal, menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pesanan daging kepada para pembeli secara percuma, menyediakan bekalan daging yang segar kerana bekalan yang diperolehi adalah dihantar dari ladang ternakan terus ke kedai kami. Kami memastikan setiap pembekal kami mempunyai pengiktirfan dari Majilis Agama Islam Negeri atau JAKIM. Kedai kami adalah satu-satunya kedai penjualan daging segar dan produk sejukbeku yang di jamin halal daripada JAKIM di sekitar kawasan Bintulu ini. Selain itu,kami juga menerima pembayaran melalui kad kredit yang member lebih kemudahan dan kebebasan kepada pembeli.
FNF adalah syarikat berbentuk sendirian berhad di bawah Akta Syarikat 1965 dan akan beroperasi pada 1 januari 2010. FNF berpotenasi besar untuk maju dan berjaya dalam arus pembangunan negara kerana menyediakan kemudahan yang boleh memudahkan pengguna. Selain itu,pemegang-pemegang saham juga turut di lindungi oleh undang-undang dan tidak boleh di bubarkan apabila berlaku kematian seseorang pemegang saham serta mudah di uruskan oleh pemilik perniagaan.

VISI DAN MISI

Dalam Menubuhkan sesebuah syarikat,kami telah menepatkan visi dan misi yang kami yakin dapat merealisikan hasrat dan kejayaan syarikat kami.Selain itu,kami juga mempunya startegi organisasi bagi mencapai visi dan misi yang kami tetapkan.


VISI

Untuk Menjadikan Produk Daging Segar Dan Makanan Sejuk Beku Sebagai Pasaran Utama Di Bintulu.

MISI

-Menjadikan FNF sebuah kedai atau Syarikat yang terkenal di Seluruh Malaysia dengan mempunyai pekerja yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan.

-Mengelurkan Produk yang bermutu tinggi serta perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

-Mendapatkan Keuntungan yang memberangsangkan dari tahun ke tahun serta mendapatkan pulangan pelaburan yang sentiasa menguntungkan kepada pemegang saham.

-Menjadikan FNF sebuah syarikat atau kedai yang mempunyai Persekitaran yang bersih dan harmoni

-Mendapatkan pelanggan yang tetap dan setia kepada produk FNF.
Tujuan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan yang kami sediakan berperanan sebagai garis panduan dan hala tuju dalam menguruskan perniagaan kami.Rancangan perniagaan ini di buat dengan lebih teliti dan terpinci supaya matlamat dan keperluan dalam menguruskan perniagaan dapat di kaji dan di nilai dengan lebih lengkap dan sempurna.Rancangan perniagaan ini juga dapat membantu kedai kami dalam menentukan prosedur-posedur yang perlu di patuhi,polisi-polisi yang perlu di lengkapakan,langkah-langkah yang harus di ambil dan strategi-strategi yang perlu di gunakan untuk memajukan perniagaan kami.
Rancangan perniagaan di gunakan sebagai pengukur untuk menentukan kemajuan serta kejayaan perniagaan kami.Penilaian terhadap syarikat kami di buat agar setiap masalah yang wujud dapat diatasi dengan berkesan.Selain itu,kami juga dapat membuat keputusan awal sebelum membuat sebarangan pelaburan di dalam pasaran .Rancangan perniagaan yang di sediakan membolehkan kami untuk menilai idea-idea yang di cadangkan dengan teliti,objektif serta pratikal bagi merancang dan melaksanakan perniagaan kami dengan lebih baik berdasarkan idea dan maklumat yang benar.
Untuk tujuan pengembangan dan penubuhan syarikat baru,kami telah memilih Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak[DUBS] untuk mendapatkan pinjaman.DUBS merupakan badan yang di tubuhkan di negeri Sarawak khas untuk usahawan bumiputera dan menawarkan bantuan kewangan kepada usahawan.Pinjaman ini juga adalah sebagai persediaan semasa berhadapan dengan situasi luar jangka pada masa hadapan.Oleh itu,rancangan perniagaan di buat untuk menyakinkan pihak insitusi kewangan mengenai prestasi kewangan perniagaan kami.Segala maklumat perniagaan kami di buat dengan terperinci untuk mendapatkan serta memudahkan proses pinjaman daripada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak.
Kesimpulanya,rancangan perniagaan merupakan panduan dan rujukan yang akan menentukan hala tuju perniagaan yang di usahakan oleh kami .ia bukan sahaja amat berguna bagi sesebuah perniagaan untuk pelbagai tujuan.Malah juga banyak memberikan kelebihan kepada perniagaan kami sama ada sebelum,semasa mahupun selepas bercerai.
ANALISIS PERNIAGAAN
FNF menceburi dalam industri bekalan daging kerana perniagaan ini berpotenasi untuk maju dan bakal memprolehi pulangan tinggi berdasarkan kepadatan penduduk di Bintulu dengan anggaran sebanyak 300,000 orang bagi tahun 2015 berdasarkan maklumat daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Perkembangan di Bintulu dapat dilihat melalui pertumbuhan pembangunan dan infrastruktur yang pesat serta bilangan penduduk yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Mengikut statik,daripada BDA,jumlah penduduk di Bintulu pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 2.7 peratus dengan catatan sebanyak 176,800 orang berbanding tahun 2006 yang mencatat bilangan penduduk sebanyak 172,200 orang.
FNF mempunyai peluang jangka hayat yang panjang dan mampu memberi keuntungan kepada syarikat setiap tahun. Ini adalah kerana di Bintulu terdapat hanya sedikit perniagaan penjualan daging yang halal kepada masyarakat. Ini mungkin disebabkan kerana terdapat kurangnya bilangan penduduk beragama islam iaitu hanya dalam 35 peratus sahaja yang beragama islam, 60 peratus adalah kristian dan Buddha dan selebihnya adalah daripada lain-lain agama. Perniagaan ini juga boleh di kembangkan menjadi satu perusahan yang besar di bintulu jika terdapat permintaan yang tinggi oleh masyarakat dalam dan luar negara dan FNF berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa .
Dalam kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di Bintulu, pelbagai pasaran industry makanan telah menawarkan pelbagai bentuk barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Oleh itu, FNF mempunyai keisitimewaanya yang tersendiri bagi menarik pelanggan untuk mengunjungi kedai kami yang menawarkan layanan mesra serta perkhidmatan yang lebih baik daripada kedai yang lain.
Sebagai sebuah Bandar perindustrian, penduduk di bintulu bukan sahaja terdiri daripada orang Sarawak, tetapi juga penduduk dari Semenanjung Malaysia, warga asing yang berkerja dan pelancong dari luar negara. Oleh itu,kami menawarkan bekalan daging yang segar dan produk sejukbeku yang bersih dan berkualiti bagi memenuhi permintaan orang ramai dan jaminan halal dan bersih yang diiktiraf oleh JAKIM adalah keutaman kami. Ini adalah kerana untuk memprolehi bekalan daging yang terjamin halal adalah amat sukar di kawasan sekitar bintulu. Oleh itu hal ini akan dapat memberikan kesenangan kepada pihak pengguna membeli produk kami tanpa perasaan was-was. Keunikan ini membuatkan FNF lebih istimewa berbanding pesaing-pesaing dan kedai yang telah sedia ada di Bintulu.


RINGKASAN EKSEKUTIF

Industri daging merupakan industri yang sentiasa mendapat permintaan dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira waktu. FNF akan mula beroperasi pada 1 januari 2010. Ia merupakan kedai yang menjual daging segar dan makanan sejuk beku yang merupakan daging dan produk-produk sejuk beku kepada penduduk di sekitar Bintulu. Keunikannya kedai ini adalah kerana kami memastikan bekalan dan produk yang diperolehi adalah halal dan segar.
FnF menyediakan bekalan daging yang terjamin dari segi kehalalan dan kebersihan di samping menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian dengan sasaran pasaran kami dan harga mengikut pasaran yang di tetapkan oleh pihak kerajaan. Faktor halal adalah aspek yang amat di titikberatkan oleh FNF untuk menyakinkan kepada orang ramai khususnya masyarakat islam untuk membeli produk kami. Selain itu, kedai kami juga mementingkan kepuasan dan keselesaan pelanggan sepanjang mereka berada di dalam FNF termasuklah perkhidmatan yang cepat dan cekap agar para pelanggan tidak menunggu lama.
Sasaran pasaran FNF adalah terdiri daripada masyarakat muslim dan semua golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Bagi menarik minat pelanggan dari golongan tersebut FNF akan sentiasa meningkatkan kualiti dari segi khidmat pelanggan dan akan menggunakan pelbagai strategi dalam melaksanakan operasi kedai kami. Kami juga memastikan aspek kebersihan sentiasa dijaga agar mewujudkan persekitaran yang selesa kepada pembeli. Lokasi kedai kami adalah stategik kerana terletak pada tengah-tengah sekitar kawasan perumahan, pejabat kerajaan, universiti, sekolah dan kawasan perindustrian.
FNF mempunyai 5 pemegang saham dan di tubuhkan dengan modal sebanyak RM 200,000.Modal ini di gunakan untuk membiayai kos yang berkaitkan dengan perbelanjaan pentadbiran,perbelanjaan pemasaran dan perbelanjaan operasi.FNF beharap agar dapat mencapai misi yang telah di tetapkan dan melaksanakan objektif syarikat dengan sempurna serta mencapai peningkatkan keuntungan dari tahun ke tahun.

PENUTUP

Kesimpulannya,kami yakin perniagaan yang akan kami jalankan mampu bersaing bagi mendapat tempat yang terbaik dalam pasaran Bintulu.Malahan kami yakin perniagaan yang akan jalankan mampu mendapat pulangan modal yang maksimum sehingga kami mampu mendapat pulangan modal yang maksimum sehingga kami mampu membuka beberapa cawangan di Sabah dan Sarawak dan seterusnya dapat mengembangkan lagi perniagaan kami ke seluruh Malaysia.Selain itu,dengan menjalankan perniagaan ini,kami yakin akan dapat menguasai pasaran industri bekalan daging di Bintulu dengan cara kami yang tersendiri.Keunikan yang kami aplikasikan dalam perniagaan ini akan menjadi batu loncatan bagi perniagaankami untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai kami.kedai bekalan daging akan di perkenalkan ini adalah salah satu bukti menunjukkan yang Bandar Bintulu sedang membangun dan penduduknya pula mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik dalam era globalisasi ini.
Untuk maklumat yang lebih lanjut:
No Telefon Syarikat: 086-336789
Laman Web:
"Terima Kasih Kerana Sudi Menjadi Pelanggan kami"